Assalamualaikum.
Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di semenanjung Malaysia. Dan selebihnya di pulau Borneo. Wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Itu adalah sedikit fakta tentang negeri-negeri di Malaysia. Faham?
Nama-nama negeri di Malaysia,
1) Kuala Lumpur
2) Putrajaya
3) Selangor
4) Melaka
5) Negeri Sembilan
6) Johor
7) Pahang
8) Kelantan
9) Terengganu
10) Kedah
11) Perlis
12) Perak
13) Pulau Pinang
14) Sabah
15) Sarawak
16) Labuan
Eh ada 16 da kan? Bendera Malaysia kita still ada 14 jalur. Nampaknya dah boleh tukar dah ni jalur tu. hikhik.
Eh lagi.. Kenapa negeri pahang tu terbold kan? Terbesar font nye? Sebab dalam banyak-banyak negeri tu, hanya negeri pahang jelah yang aku paling lama stay. sebab tumpah darah aku kat pahang. Aku dilahirkan di Kuala Lipis Pahang. Sekarang stay di Temerloh Jaya, pahang. Maknanya aku anak jati tok gajah. Dan dalam semua negeri tu, aku hanya tahu mengenai hal perihal negeri pahang sahaja.
Meh aku cerita mengenai kelebihan negeri Pahang. Bagi adik-adik yang buat kerja kursus tu, boleh amik kajian dari hakak ni eyh, kahkah!
1. Kelajuan percakapan mengikut tempat seseorang penduduk itu tinggal, Contoh. Fara tinggal di kuala lipis, cara bercakapnya sangat laju dan tanpa henti serta hanya orang yang tertentu sahaja yang faham. Sebab apa? Sebab mengikut deras air sungai. Dulu kan,orang2 dulu suka buat rumah tepi sungai, Air sungai kuala lipis sangat laju, jadi cara bercakapnya pon laju. bayangkan, ade orang bawak sampan lalu bawak pisang, rumah kita tepi sungai, kita nak pisang tu, kita akan jerit dan cakap laju,nak pisang! * baca dgn laju* kalau cakap naaaakkk pisaaannggggg... * baca perlahan* memang terlepas la pisang tu, hahaha. got it? sampai kat temerloh, air laju tapi sedikit perlahan, jadinya cara percakapan agak lambat, tapi boleh jadi laju. Sampai pulak air sungai ke Pekan pahang, air mulai perlahan. Yela kan, air sungai dah nak masuk ke laut, nak berubah hormon, maka cara percakapan sangatlah perlahan dan lemah longlai. memang kalau nak pisang tu, memang pishang la. hhahaa.
2- Pasukan bola yang handal, cergas, cekap, dan bertenaga. Go ale ale. Ale ale tok gaaajaaahhhkuuu... Taknak cerita banyak.
3- Negeri yang terbesar dalam Malaysia ni. Dan terlalu banyak lagi hutan yang tak diterokai. Jalan-jalannya sangat panjang. sampai jenuh nak sampai ke suatu tempat tu. Sebab tu, Najib memiliki helikopter peribadi. sebab dia dah jenuh melalui jalan panjang kat pahang ni. *joking*
4- 2014 adalah banjir yang terbesar berlaku di Pahang.
5- Kebanyakan orang Pahang suka berhijrah keluar Pahang. Dan kebanyakan orang yang dalam Pahang tu bukanlah orang Pahang jati. Majoriti, kelantan dan Kedah menginap di situ.Yang tu aku tak pasti lagi kenapa, nanti aku buat kajian.
Cukup dulu lima keajaiban negeri pahang. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.
Muah.