CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 9, 2012

sila menabung.

si anak menyoal  '' Mi..kalau bagi duit syiling kat bank,nanti nak cucuk duit camne?"
" si ibu menjawab "laaa..bank ambik je duit tu,jadikan nilai..cucuk duit macam biasalah.."
si anak ''oic"

ok..itu anak adalah aku..tak tahu kena tanya. even soalan tu bodoh tahap cipan. ibu harus menjawab..ermm tak..wajib menjawab supaya anak tersebut tidak terus menjadi bodoh lagi dungu..

tabung da penuh wei..bangga sekejap..sebab aku bukan orang yang rajin menabung pastu anta kat bank macam dalam iklan tb selalu tengok tu..belakon je tu..tapi,aku bangga dengan diri sendiri.. yes!! tabung aku da penuh. berat weh..tunggu esok anta pi bank..errrr agak-agak kena panggil van yang ada security bawak senapang tu tak?? =,=


haa..inilah tabungnya..kecik aja..tapi bangga besar.

Tabung ni pon kawan aku yang dok sarawak tu bagi..Dia da kawen pon,maybe ada duit sebab rajin menabung kot..Dia nak suruh aku jadi cam dia la..aku cakap je nak kawen,tapi duit takde..Jadi sila menabung laa..Encik garfield belakang nak jugak enteprem..ok..ntah berapa la kan duit dalam tabung ni..aku nak kira,tapi tak reti nak bukak tabung ni..adeh..

Dengan semangat membara,aku pon pegila membeli sebuah lagi tabung versi cepat pecah pulak tadi.. Tapi besar.. Pueh ati..Abes comel da ni.Berat nak mampus..belom ada duit lagi tuh..
Lepas tu,aku letakla tabung tu kat atas rak kecik dalam bilik..Lepas tu aku bercita-cita tinggi nak tulis dekat  atas kertas tampal dekat tabung tu,

Sila penuhkan saya dengan duit-duit anda yang ada dalam beg/poket seluar itu..

Harap-harap masa raya nanti,bila ada sedara mara yang datang nak tumpang solat dalam bilik aku,sedekahla..eheks..aku tau aku bijak,otak geliga..kahkah..

agak-agakla kalau aku start menabung dari kecik,setiap bulan,setiap tahun duit bertambah-tambah..Pastu sekarang ni mesti aku da ada kereta sendiri,rumah sendiri..lepas tu mesti da kawen..Tak pon mesti seluruh dunia aku da jelajah..mak aii..syok weh..rugi tak menabung..Tunggu aku ada anak nanti,aku nak ajar anak-anak menabung lah.. Jimat duit aku..takdela selalu mintak dekat aku je..hahahhaa..



walaupun guna webcam je,
nak tunjuk jugak
ini tabung baru saya



menabung tu amalan mulia ye adik-adik

Bila da banyak kali cakap tabung menabung,jadi geli pulak..cuba cakap tabung tabung tabung tabung tabung tabung tabung tabung..geli tak?macam da tak faham maksud tabung tu..hahahaha..

ps: sila menabung di tabung saya...terima kasih.bai

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..