CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Monday, April 6, 2015

5 KEAJAIBAN NEGERI PAHANG!

Assalamualaikum.

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di semenanjung Malaysia. Dan selebihnya di pulau Borneo. Wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Itu adalah sedikit fakta tentang negeri-negeri di Malaysia. Faham?

Nama-nama negeri di Malaysia,
1) Kuala Lumpur
2) Putrajaya
3) Selangor
4) Melaka
5) Negeri Sembilan
6) Johor
7) Pahang
8) Kelantan
9) Terengganu
10) Kedah
11) Perlis
12) Perak
13) Pulau Pinang
14) Sabah
15) Sarawak
16) Labuan

Eh ada 16 da kan? Bendera Malaysia kita still ada 14 jalur. Nampaknya dah boleh tukar dah ni jalur tu. hikhik.

Eh lagi.. Kenapa negeri pahang tu terbold kan? Terbesar font nye? Sebab dalam banyak-banyak negeri tu, hanya negeri pahang jelah yang aku paling lama stay. sebab tumpah darah aku kat pahang. Aku dilahirkan di Kuala Lipis Pahang. Sekarang stay di Temerloh Jaya, pahang. Maknanya aku anak jati tok gajah. Dan dalam semua negeri tu, aku hanya tahu mengenai hal perihal negeri pahang sahaja.
Meh aku cerita mengenai kelebihan negeri Pahang. Bagi adik-adik yang buat kerja kursus tu, boleh amik kajian dari hakak ni eyh, kahkah!

1. Kelajuan percakapan mengikut tempat seseorang penduduk itu tinggal, Contoh. Fara tinggal di kuala lipis, cara bercakapnya sangat laju dan tanpa henti serta hanya orang yang tertentu sahaja yang faham. Sebab apa? Sebab mengikut deras air sungai. Dulu kan,orang2 dulu suka buat rumah tepi sungai, Air sungai kuala lipis sangat laju, jadi cara bercakapnya pon laju. bayangkan, ade orang bawak sampan lalu bawak pisang, rumah kita tepi sungai, kita nak pisang tu, kita akan jerit dan cakap laju,nak pisang! * baca dgn laju* kalau cakap naaaakkk pisaaannggggg... * baca perlahan* memang terlepas la pisang tu, hahaha. got it? sampai kat temerloh, air laju tapi sedikit perlahan, jadinya cara percakapan agak lambat, tapi boleh jadi laju. Sampai pulak air sungai ke Pekan pahang, air mulai perlahan. Yela kan, air sungai dah nak masuk ke laut, nak berubah hormon, maka cara percakapan sangatlah perlahan dan lemah longlai. memang kalau nak pisang tu, memang pishang la. hhahaa.

2- Pasukan bola yang handal, cergas, cekap, dan bertenaga. Go ale ale. Ale ale tok gaaajaaahhhkuuu... Taknak cerita banyak.

3- Negeri yang terbesar dalam Malaysia ni. Dan terlalu banyak lagi hutan yang tak diterokai. Jalan-jalannya sangat panjang. sampai jenuh nak sampai ke suatu tempat tu. Sebab tu, Najib memiliki helikopter peribadi. sebab dia dah jenuh melalui jalan panjang kat pahang ni. *joking*

4- 2014 adalah banjir yang terbesar berlaku di Pahang.

5- Kebanyakan orang Pahang suka berhijrah keluar Pahang. Dan kebanyakan orang yang dalam Pahang tu bukanlah orang Pahang jati. Majoriti, kelantan dan Kedah menginap di situ.Yang tu aku tak pasti lagi kenapa, nanti aku buat kajian.

Cukup dulu lima keajaiban negeri pahang. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.
Muah.


Wednesday, April 1, 2015

10 FAKTA MENARIK TENTANG AKU.

Assalamualaikum.

Hye. salam GST.

Tak terlintas pon nak up entry baru. Tapi, hasil undian tajuk dari group whatsapp sahabat blogger, yang baru berkuatkuasa 4 hari yang lalu, maka terhasillah sebuah tajuk untuk up kan entry terbaru masing-masing. Tajuk yang bertajuk 10 fakta menarik tentang aku! kahkah bahasa.

Jom,kenali diriku.

1- Bermuka-muka
2- Cakap besar
3- Sombong
4- Kaki bodek
5- Suka sailang
6- Pemalas
7- Kuat kentut
8- Suka membazir
9- Suka orang kulit gelap
10- Suka cakap dalam hati

...............................................................

Menarik tak?
Nak huraian?

1- BERMUKA-MUKA
    : aku suka berlakon untuk sedapkan hati orang, Niat baik,cara pon baik. Janji orang puas hati. Takde kena mengena dengan aku dah pon.

2- CAKAP BESAR
    : Aku suka sebut perkataan BESAR.
Contoh: a) aku nak kereta BESAR, aku dapat kereta bonet BESAR.
              b) aku suka cakap BESAR, aku jadi orang BESAR @ gemok. ohh pehlizz.
nampak tak betapa mendalam maksud cakap besar tu? riak. masuk neraka.

3- SOMBONG
    : sebab aku rasa aku tak patut bercakap dengan orang aku tak kenal. Jadi perlu sombong.

4- KAKI BODEK.
      : Tak dapat dinafikan,aku bodek mak ayah aku.

5- SUKA SAILANG
    : Sailang sesape yang lembab bertindak.

6- PEMALAS
    : Malas bersenam.

7- KUAT KENTUT
    : Kuat kentut dalam kereta. Aku pon tak faham kenapa. Pastu aku cakap sendirian, busuk jugak kentut arini. Makan apela tadi. Kalau ade orang kat sebelah, aku suka lock window. Biar dia bau jugak kentut tu berjemaah. pastu,tahan kena maki. Chill. bau kentut orang boleh kuatkan jantung.

8- SUKA MEMBAZIR
    : Bazir minyak kereta. Suka jenjalan tanpa arah tuju. Janji keluar dari rumah. Suka beli baju walaupun tau baju tu tak muat. Pastu buat car boot sale, jual semula.

9- SUKA ORANG KULIT GELAP
   : Ada opizmate Indian. and i jadi crush dia. tak la, dia minat kat i. I tak layan. Betul. nama dia Yugesh. orang JDT. i tak amik tau pon, hmmm...jap..boooooo JDT. #carikgadoh

10- SUKA CAKAP DALAM HATI
    : Masa tengah taip ni,tengah cakap dalam hati pastu taip. Pastu cakap lagi dalam hati. Pastu taip. Pastu ulang banyak kali.


ok dah. bai.

kalau letak hashtag kat sini jadi apa? Letak jela.

#sahabatblogger #missfarrayana


selamat hari lahir GST.
1 April 2015.


Fakta sebenar.
1- Sensetif
2- Manja
3- Kuat makan
4- Suka bercerita
5- Geli ulat gonggok
6- Mocha lover.
7- Banker, motivator
8- Takut gelap.
9- Takut guruh
10- Dah tunang.

Muah.
    

Sunday, July 6, 2014

Tareem Hadramawt Restaurant. ( Nasik arab resoran )

Deenngg!! haluuu.. apa habaq?
ok. since da masuk bulan ramadhan al-mubarak, bulan yang diberkati,bulan yang tiada syaitoonnn,bulan kita menjadi diri kita sendiri, so selain perbanyakkan amal ibadah,aku nak share sikit pasal makanan. Haa,setiap hari asek kita jee yang masak mesti boring kan. Even resipi dalam internet di hujung jari je,tapi air liur ni nak jugak rasa masakan dari orang lain. Bagi aku lah. Dah gilir-gilir housemate aku masak,dah muak rasa. Air tangan perempuan ni sama je rasanya. Sedap tu sedap tapi haaa...boring!

nak mulakan cerita,semalam ni. Ramadhan ke 6,aku keluar dari putrajaya ke bangi nak cari barang nak buat kuoih raya. Keluar sebelum asar la. Wudhuk pon ade lagi masa keluar tu sebab konon-konon senang masuk waktu terus solat. tup tup..leka cari barang,langgar orang kiri kanan,dah pukul 6.30ptg. lama tak cari barang? memangla lama. cari parking pon lama. ok,then nak solat asarla ni,cari petronas,alaa kena uturn pulak. jalan sebelah dah jem. jalan sikit lagi,jumpa masjid tepi jalan. masuk masjid,eh orang masjid dah hidang makanan bukak puasa lah!. apa lagi..amik wudhuk cepat-cepat,semayang asar sebab dah lewat. pastu tanya makcik kat masjid tu, 
''makcik,makanan bukak puasa ni terbuka ke? makcik tu jawab aah,yang bujang area ni,yang family bawah khemah ni,yang tu bla bla bla..''. 
ok spotted! aku dok kat tempat bujang and bersila sambil2 tahlil. nasib baik pakai sopan masuk masjid ( since aku tengah nak berubah jadi lebih baik kan ) ecehh.. :p  masuk waktu,melantak dulu. pastu solat maaghrib+ usha imam muda. kahkah.

hahaha..panjang muqaddimah kan. saje je nak uji kesabaran. ok,pas berbuka kat masjid tu. aku dengan kengkawan aku gigih sampai sesat cari restoran arab kat bangi. Dah jumpa satu restoran arab tu, memang macam kat negara arab da kalau masuk restoran tu. Tapi,ongkosnya juga mesti mahal tuu..so kitorang decide cari yang Tareem Restaurant. sebab pengaruh tengok blog orang.

Sesat punya sesat,sampaila kitorang kat Tareem Hadramawt Restaurant..wahhh ramainya orang arab kat sini..macam kat Arab Saudi dah. bau orang arab memangla camni kan. cepat betol aku sakit kepala. tapi gigih juga masuk dalam restoran tu. kena masuk dalam sebab kat luar orang sedut shisha. makanan dia not bad la. best tapi aku tak mampu nak abiskan sekaligus. terpaksa bawak balik makan sahur. still tak habis jugak. PASAL HARGA PULAK KORANG JANGAN RISAU SEBAB MEMANG MURAH NAK COMPARE DENGAN SABA' KAT CYBER TU.

ok,dari aku membebel panjang,meh aku tunjuk kat korang gambar-gambar makanan arab ni. and alamat kat bawah sekali tu. senang ko guna waze je nanti. 


pssstt, nak order makan kena cakap arab tau. kalau tak,lain ko mintak,lain ko dapat. orang arab tu tau cakap habis,sedap,makan,minum, je! TU JE!! kahkahkah.. nasib pandai lagi cakap arab even hancur lebur grammar.


yang aku makan ni namanya kebab boneless chicken kot.
Roti besaq baq hang.. gigih! 
Ayam tu panjang,and quite salty. yela kan,nak makan dengan roti. 
eh,sebenarnya kan,dalam menu mana ada roti besar tu, aku syak sebab main mata dengan waiter arab tu,dia bagi roti besar gajah ni. iskk..
orang dah bagi makan,kita makan jela kan. haha

haa yang ni la kot..tapi macam lain je..hahah..
yang ni harganya RM12. Yang aku makan semalam RM14. 


ni kengkawan yang masuk carta kelauar dengan aku semalam,
the point there is air yang kitorang minum tu,aku minum air barbican flavour strawberry RM3, 
and Ice Lemon Tea RM6. Not bad kan?

Then, kawan aku makan chicken Shawarma. Setiap kali makan nasik arab,itu mesti dia order. Tak sah kalau tak beli tu. Tapi gambonye malas da nak letak..hahaha..



For more details, korang boleh tekan RESTORAN INI. TEKAN SINI TAU!

Alamatnya ini.
  • JLN. SPKT. INDAH 2/1. TMN, SEPAKAT INDAH 2, 43000 KAJANG, MALAYSIA.
  • or can call them. ( tapi ko kena cakap arab lorr..hahaha)
  •                                                                                 + 6 - 03 - 87340627                                                                               + 6 - 03 - 87340627



before keluar rumah,macam nak pergi kerja rasanya..hahaha
psstt. aku dah sopan kan?
pray for me. 

love .
RAMADHAN 7.

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..