CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 27, 2012

TIPS MENJAGA RAMBUT DARI SAYA.

Hye folks!
Girls especially.
Please be nice with your hair please.
I beg you dear..

We start from wake up in the morning yaa..
Untuk pengajian yang lebih mendalam,kita guna BAHASA IBUNDA.

1) Bangun tido,selesai menguap,menggeliat,jari jemari awak sila urai-uraikan rambut ye.Bagi rambut tidak berserabut.Kita tidur harusla lasak kan,mana ada tido bersopan.Itu cuma lakonan semata-mata. kalau rambut tak macam singa kalau bangun pagi tu,bukan awakla kan..

Ok serius. Yang penting,guna jari dulu uraikan rambut yang kusut. Then,dah tak kusut,bolehla nak sikat,nak ikat nak sepit,nak gulung,nak sanggul. Terpulang.. Jangan terus sikat,sebab takut rambut cepat putus.Itulah sebabnya juga yang menyebabkan rambut jadi gugur memenuhi ruang-ruang tamu.erkk?




2) Masa mandi,if nak basahkan rambut,nak basuh rambut tu, lepaskan rambut tu dulu,kemudian basahkan elok-elok. Kalau mandi shower bestla,senang nak basahkan,. Lepas tu shampoo rambut guna shampoo yang sesuai ye. Tengok jenis rambut kita. Kalau mana rambut kering, gunakan shampoo yang ada conditioner.Bagi rambut nampak lembab,cantik je dan seterusnya cucila dengan bersih.


3) Lepas mandi, lap rambut dengan keringnya. Gunakan tuala khas untuk rambut sahaja.Jangan kongsi dengan tuala badan. Rambut tu mahkota kan.Tak boleh campur. No no no. Lap tu pulak,jangan lap dengan kasar macam si lelaki selalu buat tu. Diorang takpela,rambut pendek,senang nak jaga. Kita rambut panjang sikit dari lelaki kan. Lap sikit-sikit taknak bagi air menitis sangat je. Lagi satu,sebenarnya guna hair dryer tak berapa elok sangat. Sebab ianya panas kan,buat rambut kita cepat rosak,cepat kering,dan kusam. iskk..

4) Dah kering rambut,baru boleh sikat,jangan sikat waktu rambut basah tau. Nanti rambut pon cepat gugur. Tak elok. Sebaiknya juga sapulah hair conditioner kat rambut. Bagi rambut nampak segar dan wangi sentiasa. 


5) Bagi yang bertudung,make sure ye. Rambut biar kering sekeringnya sebelum pakai tudung. Takut nanti rambut jadi berbuah, berkelumumur,dan berkutu. yarrkkss!! Jijik kan. nanti takde orang nak kawan..eeiii..
6) Jangan pakai tudung terlalu lama atau terlalu ketat. Sebabnya kepala kita juga memerlukan udara untuk bernafas. Bila pakai tudung ketat,lepas tu lama pulak tu, boleh jadi kepala kita berpeluh. Itu juga boleh menyebabkan kepala kita jadi gatal. Depan orang tergaru-garu kepala. Malu tak? jadi, kalau da rasa rimas,pegi ladies,bukak tudung,kemaskan rambut,5 minit kemudian,sarung tudung semula. Mesti segar! 


Thats all.. 
Happy fasting!
^_^


opsss!!

3 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rmbut sy pon dah kurang dah...huhuhuh

Anis Adila Aris said...

nice tips..
ni rambut makin panjang, makin banyak lak gugur..

farra said...

zulhilmi: mano poie rambut haa??

anis: eheks..sila jaga rambut anda :p

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..