CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 6, 2012

TOLONG BACA!! AIR KENCING TIKUS DI MUSIM HUJAN INI.BEWARE FOLKS!

Salam.
Musim cuti sekolah ni,termasuk pula dengan musim hujan ni. Agak syok,agak juga tak syok kan.
Baru-baru ni sepupu aku pergi bercuti dekat Gambang.cuti sekolah bawa anak-anak keluarga.
Balik dari bercuti,dia demam. And for now still in ward. Syafakillah.

Rupanya,doktor check bagitau dia terkena AIR KENCING TIKUS atau nama saintifiknya LEPTOSPIROSIS. (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari.

Keadaanya da kritikal. Berdasarkan umi aku ceritalah.
Aku tak faham sebenarbya apa tu air kencing tikus. Macam mana boleh terkena wabak penyakit tu kan.So, aku pon search jela kan. Internet di hujung jari.

Penyakit ni sebenarnya jarang dijangkiti oleh manusia. Tapi, jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. haaa..bahaya jugak kan.. Lepas tu,ianya berlaku kebiasaannya pada musim hujan. Yela kan,musim hujan kan banyak air bertakung, binatang kencing merata. Terkena pula pada kulit kita dan boleh pula ianya berjangkit selagi ia masih lembab. Nauzubillah,.. Seram.

SIAPA PENYEBARNYA?
Selain encik / puan tikus, dan cik mondok yang merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk encik anjing, kak rusa, cik arnab,abang landak, uncle lembu, adik biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah.

KAT MANA TERSEBARNYA?
 Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bakteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika. Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti.

APA SIMPTOMNYA?
Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, sakit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk
demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit

 Haa macam tu la cerita serba sedikit pasal air kencing tikus yang aku baca dan faham. Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada sepupu aku. Anak-anak dia kecik lagi.. Semoga dengan Al-fatihah kalian dapat membantu menyembuhkan beliau.

Al-fatihah.

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..