CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Sunday, July 6, 2014

Tareem Hadramawt Restaurant. ( Nasik arab resoran )

Deenngg!! haluuu.. apa habaq?
ok. since da masuk bulan ramadhan al-mubarak, bulan yang diberkati,bulan yang tiada syaitoonnn,bulan kita menjadi diri kita sendiri, so selain perbanyakkan amal ibadah,aku nak share sikit pasal makanan. Haa,setiap hari asek kita jee yang masak mesti boring kan. Even resipi dalam internet di hujung jari je,tapi air liur ni nak jugak rasa masakan dari orang lain. Bagi aku lah. Dah gilir-gilir housemate aku masak,dah muak rasa. Air tangan perempuan ni sama je rasanya. Sedap tu sedap tapi haaa...boring!

nak mulakan cerita,semalam ni. Ramadhan ke 6,aku keluar dari putrajaya ke bangi nak cari barang nak buat kuoih raya. Keluar sebelum asar la. Wudhuk pon ade lagi masa keluar tu sebab konon-konon senang masuk waktu terus solat. tup tup..leka cari barang,langgar orang kiri kanan,dah pukul 6.30ptg. lama tak cari barang? memangla lama. cari parking pon lama. ok,then nak solat asarla ni,cari petronas,alaa kena uturn pulak. jalan sebelah dah jem. jalan sikit lagi,jumpa masjid tepi jalan. masuk masjid,eh orang masjid dah hidang makanan bukak puasa lah!. apa lagi..amik wudhuk cepat-cepat,semayang asar sebab dah lewat. pastu tanya makcik kat masjid tu, 
''makcik,makanan bukak puasa ni terbuka ke? makcik tu jawab aah,yang bujang area ni,yang family bawah khemah ni,yang tu bla bla bla..''. 
ok spotted! aku dok kat tempat bujang and bersila sambil2 tahlil. nasib baik pakai sopan masuk masjid ( since aku tengah nak berubah jadi lebih baik kan ) ecehh.. :p  masuk waktu,melantak dulu. pastu solat maaghrib+ usha imam muda. kahkah.

hahaha..panjang muqaddimah kan. saje je nak uji kesabaran. ok,pas berbuka kat masjid tu. aku dengan kengkawan aku gigih sampai sesat cari restoran arab kat bangi. Dah jumpa satu restoran arab tu, memang macam kat negara arab da kalau masuk restoran tu. Tapi,ongkosnya juga mesti mahal tuu..so kitorang decide cari yang Tareem Restaurant. sebab pengaruh tengok blog orang.

Sesat punya sesat,sampaila kitorang kat Tareem Hadramawt Restaurant..wahhh ramainya orang arab kat sini..macam kat Arab Saudi dah. bau orang arab memangla camni kan. cepat betol aku sakit kepala. tapi gigih juga masuk dalam restoran tu. kena masuk dalam sebab kat luar orang sedut shisha. makanan dia not bad la. best tapi aku tak mampu nak abiskan sekaligus. terpaksa bawak balik makan sahur. still tak habis jugak. PASAL HARGA PULAK KORANG JANGAN RISAU SEBAB MEMANG MURAH NAK COMPARE DENGAN SABA' KAT CYBER TU.

ok,dari aku membebel panjang,meh aku tunjuk kat korang gambar-gambar makanan arab ni. and alamat kat bawah sekali tu. senang ko guna waze je nanti. 


pssstt, nak order makan kena cakap arab tau. kalau tak,lain ko mintak,lain ko dapat. orang arab tu tau cakap habis,sedap,makan,minum, je! TU JE!! kahkahkah.. nasib pandai lagi cakap arab even hancur lebur grammar.


yang aku makan ni namanya kebab boneless chicken kot.
Roti besaq baq hang.. gigih! 
Ayam tu panjang,and quite salty. yela kan,nak makan dengan roti. 
eh,sebenarnya kan,dalam menu mana ada roti besar tu, aku syak sebab main mata dengan waiter arab tu,dia bagi roti besar gajah ni. iskk..
orang dah bagi makan,kita makan jela kan. haha

haa yang ni la kot..tapi macam lain je..hahah..
yang ni harganya RM12. Yang aku makan semalam RM14. 


ni kengkawan yang masuk carta kelauar dengan aku semalam,
the point there is air yang kitorang minum tu,aku minum air barbican flavour strawberry RM3, 
and Ice Lemon Tea RM6. Not bad kan?

Then, kawan aku makan chicken Shawarma. Setiap kali makan nasik arab,itu mesti dia order. Tak sah kalau tak beli tu. Tapi gambonye malas da nak letak..hahaha..



For more details, korang boleh tekan RESTORAN INI. TEKAN SINI TAU!

Alamatnya ini.
  • JLN. SPKT. INDAH 2/1. TMN, SEPAKAT INDAH 2, 43000 KAJANG, MALAYSIA.
  • or can call them. ( tapi ko kena cakap arab lorr..hahaha)
  •                                                                                 + 6 - 03 - 87340627                                                                               + 6 - 03 - 87340627



before keluar rumah,macam nak pergi kerja rasanya..hahaha
psstt. aku dah sopan kan?
pray for me. 

love .
RAMADHAN 7.

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..