CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 6, 2014

PENDAKIAN KE GUA BAMA

Assalamualaikum.
Salam saudara sekalian.

Dua minggu lepas,aku ke rantau panjang kelate sebab anta abang aku bertunang dengan orang sana. Jauh? Takdela. Orang Malaysia jugak. Eceh,backup kemain sebab da jumpa port shopping murah.kahkah..

Minggu ni pulak aku pi mendaki Gua Bama yang terletak di Kuala Lipis Pahang. Aku pi sana dengan family aku and dua buah bas budak sekolah umi. Ramai. Sebab tu syiookk.. Perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lipis mengambil masa selama dua jam sebab bawak slow. Kalau bawak laju sikit,maybe setengah jam je. Ok,nampak sangat tipu tu. Jalan berlobang-lobang ade hati nak setengah jam.

Sesampai saja di Gua Bama, aku macam biasalah suruh adik aku snap gambar aku bebanyak. Gila gamba! Kalau tak,let me take a selfie first kan. kahkah..



Kat Gua Bama tu,ada abseiling,paintball. Tapi malangnya,aku tak booking awal,so tak dapatla aku nak buat keduanya tu. Aku cuma mampu mendaki sahaja. Sebelum mendaki tu,sempat aku main game petanque. First time aku main,tak faham game dia,aku main cam main bowling je..kahkah..tapi aku memang hebat dalam semua acara game n tournament. Haruslah menang kan lawan ngan bebudak kampung.


main pakai bag pon boleh menang tau!



Ok,jam 10.45 pagi aku dan segerombolan lagi mula mendaki dengan bacaan bismillah. Kami sebelum tu diberi taklimat oleh abang kepada pemain bola tok gajah iaitu abang kepada alex. Fiwwwtt...sempat aku bergambo belakang dia. Lupa nak suruh kim salam kat alex.  cis! gamba ade,tapi aku malas letak,nanti kontrobesi pulekk..kihkih..

ok jom,aku share gambo-gambo aku mase mendaki tu.


 dalam gua ni panas,so kena bawak kipas tangan + gua bau taik kelawar.

 dengan sepupu aku.

 gigih!

muka cuak konon.

ok..dah la..ke nak lagi? hahaha ok aku bagi lagi. jap.


PEACE!! i am arrived here!!

kat belakang tu ade gua..ni dah turun.

ohh..aku ade video tuk korang..nah kat bawah ni.




meh aku sambung cerita,pendakian tu mengambil masa selama 1 jam lebih bagi yang kaki lembikla,,yang kaki kental macam aku ni amik masa 45 minit je..dalam gua tu ade satu tempat yang luas macam seluas padang bola. luas weh..dalam tu ada batu yang macam gajah besar gila,namanya si kelembai, pastu ada stage tempat panglima-panglima dulu buat meeting tergempar. ada tempat harimau-harimau melepak,and ade satu gua kecik tempat pengantin yang baru berkahwin di sumpah menjadi batu. tapi gua pengantin tu kitorang tak dibenarkan masuk da sebab da dipenuhi dengan taik kelawar. hermm..

Ok,pastu kitorang turun la dari gua tu..ikot jalan lain yang lebih mudah sikit. licin sebab banyak daun-daun basah akibat hujan pada malamnya tu. Haaa sampai bawah,aku sambung makan nasik lemak sebab lapar. kahkah..

petang tu,kitorang pi Pulau Chekas tuk mandi manda hilangkan busuk badan akibat peluh jantan. Gila busuk. Pastu air pulau chekas tu gila sejuk..Haa ade sape yang tau,Pulau Chekas tu terletak di Raub Pahang. Silalah pegi ya.

Aku sampai Temrloh pulak,pada jam 9 malam. Mandi,solat dan tido. 

Habis. 
:)

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..