CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Sunday, July 29, 2012

KISAH AKU DENGAN MAKCIK-MAKCIK MASA TERAWIH.

Assalamualaikum.
Holla makcik sekalian.
hermm..sudah sepuluh hari berpuasa di bulan ramadhan ini.
Tak terasa kan?sangat sekejap.
Opss!!itu bermaksud dunia semakin dekat dengan hari kiamat.

Sepuluh hari berpuasa,berterawih ianya jadi rutin harian aku da. Sakit pening,kuat sihat,kenyang terbongkang,tetap berterawih dengan jayanya. Kecuali masa balik rumah atok,tak dapat ke masjid,sebab nenek tak larat,so aku denagan umi solat berjemaah sama nenek di rumah saja. Akulah imam. Senang. Baca surah pendek je,nenek tak larat berdiri lama. ^_^

Malam ni,malam ke sebelas bertarawih,muncullah satu dugaan serta cabaran bagi diri ini. Pegi masjid macam biasa,tapi malam ni sajalah aku dengan umi solat tahiyatul masjid kat belakang-belakang sikit,saja malam ni taknak berebut ke depan. Da siap solat sunat semua,imam cakap rapatkan saaaaffff..Semua bergerak,aku dengan umi pon,alamak! ada lagi kosong kat depan tu,ngam-ngam pulak dua orang. Angkatla sejadah kedepan. 

Nak dijadikan cerita,sebelah kanan aku ni ada sorang makcik yang agak gempal la. Kira macam gemukkss sikitla. Aku takut sikit solat sebelah orang ni. Sebab takut kena hempap kaki time tahiyat akhir.iskk..ok,takpela aku redha je. Umi aku tengok da kedepan lagi. Aku tertinggal. adehh.. Mulalah solat,makcik sebelah kanan aku ni,amboihh dia,baca niat ulang kali,baru angkat takbir. Ok,aku agak mesti makcik ni was-was orangnya. biarlah..Khusyuk. 

Sekali imam abis baca al-fatihah,dengar pulak suara makcik ni baca.Ye,aku tau kita kena baca biar sampai dengar kat telinga kita. ermm..bukan sampai kat telinga orang lain kan *_*
 Dari al-fatihah,ruku', sujud, duduk antara dua sujud,tahiyat semua aku dengar sebijik-sebijik. Aku? Da tak khusyuk. #_#
Tahiyat akhir? ye..kaki aku memang dihempap. adehh..itu belom masa aku nak bangun dari sujud,telekung aku pon dihempap,senget-senget aku nak bangun. ermmm..
Belom time garu ketiak lagi.Makcik ni memang menguji tahap kesabaran aku. Aku hanya mampu mengucapkan astagfirullah..

 Gambar digugelkan aje.

Aku panggil umi,cakap nak tukar tempat..Tapi umi aku geleng kepala je. Mesti faham. Umi bagi minum air je. adehh..

Makmum sebelah kiri pulak,aku selalu tepuk lengan dia,suruh rapatkan saf dengan aku. Tak bergerak pon.Khusyuk sangat barangkali. Ok,takpelah. Janji aku tegur da lepas. 

Itulah dugaan untuk malam terawih yang kesebelas. Sadis. aku taknak mengata banyak-banyak. Dosa dapat,pahala hilang melayang. Astagfirullahalazim..

 Bak kata Ustaz Kazim Elias,hidup ini umpama roda,sentiasa berputar. Risau jugak aku,nanti aku dok mengata,mencanang sana sini,aku pulak yang jadi macam tu. Nauzubillah..
Aku cerita ni untuk dijadikan sempadan. Teladan. Insyaallah..

Kena hormat sesama makmum. Orang lain pon nak beribadat. ^_^

1 comment:

M@M@ SH@RIDZ said...

itu dugaan dik.... nak dapat pahala memang ada cabarannya.... Selamat Berpuasa......

http://memoriessharidz.blogspot.com

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..