CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 7, 2011

~ Jom Belajar Tidak Tahu ~ Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir yang ditulis dalam Bahasa Arab. Maknanya lebih kurang begini: Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!! Boleh faham kot.. Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, "Saya dengar orang kata hukum A begini...." atau " Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu" dan pelbagai soalan yang senada. Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara' ya. Dalam tazkirah di Masjid Al-Ikhlas, Selayang Baru, beberapa hari lepas, saya ada menyebut betapa ada di kalangan kita yang menjawab persoalan hukum dengan ayat "saya rasa" atau "i think". Respons dari jemaah masjid, saya lihat mengiyakan kenyataan saya. Amat ramai masyarakat kita yang tidak berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di lelaman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, "Islam untuk semua". Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat. Ulamak terdahulu ada yang menyebutkan, "Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga." Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan "ini kan soalan simple je wahai Imam?" Ulamak juga kata, perkataan "tidak tahu" itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. Sampai habis para ulamak dahulu pun dibantainya. Apa beza kita dengan ulamak dahulu sehingga mereka mudah menyebut Wallahu A'lam atau "aku tidak tahu"? Tentu sekali taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab itu berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Bulan ramadhan mengajar kita bertaqwa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini. Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, inilah yang dinamakan sebagai jahil murakkab. Jahil tahap paling teruk. Jahil berganda. Pertamanya, jahil permasalahan tu. Keduanya jahilkan kelemahan diri tu sendiri. Seterusnya menyangkakan yang batil itulah haq. Kasihan bukan? Maka itu kita kena budayakan sifat "aku tidak tahu". Mana ada manusia yang tahu semua perkara. Walau belajar berpuluh tahun pun dengan syaikh-syaikh yang hebat, takkan tahu semua perkara. Inikan pula belajar setahun dua. Suka ponteng pula tu. Jom kita belajar "tidak tahu"!

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..