CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29, 2011

bedah buku

uolzz know what the mening of 'bedah buku'? ?
bedah buku means someone who has explain about the book clearly..
ermm..bawu2 ni aq ade join bedah buku nih kat DKP USIM...join means aq jadi usher..
bukan usher tu yg aq nk isukan kat cni..kat cni ctenye bestnye program tersebut..ianya berkisar tentang kisah hidup orang2 ARQAM..have u heard b4 this??buku tu best sgt..lagi2 lak kalau dengar pengalaman hidup dari org ARQAM tu sndri..kat cni sy bawakkn sket cite mengenai tuh..

USIM- Satu program Bedah Buku Siri 2 yang dianjurkan oleh Jaksa Kolej Kediaman Desa Jati dengan kerjasama Pelajar Fiqh Fatwa Tahun Tiga, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat sambutan terus menerus daripada para pelajar USIM, semalam.
Program ini bertitik tolak dari siri yang pertama ‘’Arqam tersungkur pintu syurga dan Maunah’’ yang diadakan pada 3 Mac yang lepas. Antara panel jemputan yang hadir pada siri yang lepas adalah En.Zabidi Mohamed (bekas Penasihat Undang-undang Arqam) dan juga Ustz. Ann Wan Seng (Setiausaha Agong Kehormat Macma).
Menurut sumber, Rabiatul Adawiyah Saad, Tahun Tiga, FPBU berkata,”menariknya program ini bagi saya melalui tajuknya sendiri iaitu ‘Bedah Buku’ membuatkan saya tertanya-tanya apakah pengisiannya dan apakah yang saya boleh dapat dari buku itu sendiri.”
Sebanyak dua lagi siri program yang akan diketengahkan kepada para pelajar iaitu melalui Siri 3 yang bertajuk ‘Memahami Enam  Persoalan Khilafiat’. Untuk siri ini, didatangkan pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ust Muhdir Hj Joll.
Bakal menyusul dengan siri ke-4 bertemakan tajuk ‘ Kehebatan susunan Ayat Al-Quran’ yang akan disampaikan oleh Dr.Arif Kasmo, Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sehubungan itu, objektif utama Pengarah Program tersebut, Mohd Adzha Sa’pie, pelajar Tahun Tiga, FSU, berkata ,“ program ini adalah untuk meningkatkan daya intelektual dalam kalangan mahasiswa melalui budaya membaca. Di samping mewujudkan suasana ilmiah selain daripada ilmu-ilmu yang diperoleh dalam kuliah.”

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..