WEDNESDAY, MARCH 24, 2010
Inilah rupanya Kabel Internet Dasar Laut tuh..
Sumber gambar : Email forwad2 yer.
Saya dulu ada belajar subject Telekomunikasi ni..tapi sebab banyak sangat makan fastfood dah tak bape nak ingat dah. Jadi korang tengok jelah yer gambar-gambar ni. Nak terangkan otak dah benak. Hik hik..
Peta laluan kabel dasar laut di seluruh dunia.
Mesti mahal gaji engineer dasar laut ni kalau nak dibandingkan dengan technician streamyx yang dahla gaji ciput orang panggil suruh datang betulkan connection lambat betul tindakkannya. Huk huk..
Sampai nak bekutumbuhan batu karang dah kabel2 tersebut.
Bukan senang kerja nak menarik kabel ni dari satu negara ke satu negara. Fiber optik yang digunakan pun bukan yang biasa2 punya. Explosion proof water proof segala dah ni. Jadi kalau sekali sekala internet tu slow janganla marah-marah yer, cuba bayangkan je perjalanan jauh yang harus internet tersebut nak tempuh. Hehe.
Ni petikan akhbar tahun 2006 kalau saya tak silap. Bila internet tak boleh guna sebab ada gempa bumi kat Taiwan.
9 negara ‘panik’ — Internet terjejas teruk kabel dasar laut rosak akibat gempa di Taiwan
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Pedagang menerusi Internet di Malaysia dan sebahagian besar Asia Timur ‘panik’ hari ini setelah perkhidmatan itu terganggu akibat kabel dasar laut yang membawa taliannya rosak kerana gempa bumi kuat dekat pantai selatan Taiwan malam tadi. Gangguan itu membabitkan China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Hong Kong sehingga ke Australia. Impak itu dipercayai lebih serius berbanding semasa tragedi tsunami 2004 kerana ia menjejaskan banyak sektor termasuk bursa saham dan pasaran kewangan serta perbankan di beberapa negara rantau Asia.Bagaimanapun, di Malaysia perkhidmatan perbankan dan bursa tidak terjejas teruk akibat kejadian itu. Jurucakap Jaring Communications Sdn. Bhd. berkata, gangguan hanya berlaku untuk mengakses talian antarabangsa. Ia turut melibatkan perkhidmatan e-mel dan enjin carian. ‘‘Ia menjadi serius ketika waktu puncak kerana orang ramai mula menggunakan Internet,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Gempa bumi pada skala magnitud 7.1 Richter di pantai selatan Taiwan itu menyebabkan kemusnahan bangunan di Taiwan dan mengorbankan dua rakyatnya.
Gangguan akses Internet dan komunikasi di Malaysia berlarutan sehingga petang ini manakala di beberapa negara lain pulih secara berperingkat-peringkat dan memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk kembali normal. Menurut TM Net Sdn. Bhd. perkhidmatannya mengalami gangguan prestasi disebabkan sambungan talian sesak dan melampau di beberapa jaringan Internet antarabangsa. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, syarikat itu menyatakan ia telah mengambil tindakan cepat dengan mengalih laluan trafik ke jaringan-jaringan sokongan lain bagi mengurangkan kesesakan. ‘‘Para pengguna Internet di Malaysia dan lain-lain bahagian di negara ini mungkin mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan-kandungan dan laman-laman web berpangkalan di luar negara, terutamanya di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah,’’ katanya.
Menurut TM Net, gempa bumi di pantai selatan Taiwan itu telah menyebabkan gangguan kepada kabel Asia Pasifik Rangkaian 2 Shantou, China dan Tanshui, Taiwan dan juga antara Lantau, Hong Kong dan Chongming, China. ‘‘Ia telah menyebabkan sambungan Internet yang melampau pada talian Internet TM Net International secara sambungan transit atau pemula, terutamanya ke negara-negara yang disebutkan,’’ katanya. Peniaga kewangan di Hong Kong, antara pusat perniagaan terbesar di Asia, melaporkan bahawa mereka terputus hubungan dengan Bloomberg LP, penyedia utama berita dan data mengenai pasaran saham. Akses Internet terputus atau sangat lembap di Beijing, kata seorang pegawai daripada syarikat telefon kedua terbesar di China, China Netcom. Pembekal perkhidmatan jalur lebar dan talian tetap utama Korea Selatan, Kt Corp mengumumkan bahawa enam kabel dasar laut mengalami kerosakan disebabkan gegaran malam tadi.
Sementara itu, timbalan pengurus besar syarikat telefon terbesar di Taiwan, Chunghwa Telecom Co., Lin Jen-hung berkata, kerja membaiki kabel yang rosak dalam gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter itu mungkin mengambil masa tiga minggu tetapi ‘‘kualiti komunikasi akan meningkat dari hari ke hari’’. Dua daripada tujuh kabel dasar lautnya mengalami kerosakan teruk. Menurut syarikat itu, kerosakan kabel dekat pantai selatan Taiwan telah menggendalakan 98 peratus keupayaan komunikasi Taiwan dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong. Talian yang rosak itu menyebabkan perkhidmatan Internet terputus bagi sebilangan pelanggan di Hong Kong yang tidak dapat mengakses laman web di beberapa bahagian Asia dan AS. Syarikat telefon Hong Kong, PCCW Ltd. yang turut menyediakan perkhidmatan Internet menyatakan beberapa kabel data di dalam laut rosak dalam gempa bumi itu. ‘‘Penghantaran data ke Taiwan, Korea, Jepun dan AS terjejas,’’ menurut kenyataan PCCW. Syarikat tersebut juga memberi amaran kepada pelanggan bahawa mereka mungkin mengalami kesesakan selama beberapa hari di Internet disebabkan peningkatan penggunaan apabila pengguna melayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gempa bumi itu.
Pengendali utama Jepun bagi panggilan antarabangsa, KDDI Corp. mengumumkan, perkhidmatan telefon talian tetapnya terjejas sekejap-sekejap berikutan gempa bumi kali ini. Jurucakap KDDI, Haruhiko Maeda berkata, gempa bumi itu merosakkan beberapa kabel komunikasi di dasar laut di selatan Taiwan yang dikongsi bersama oleh syarikat-syarikat komunikasi antarabangsa. Katanya, pelanggan menghadapi masalah membuat panggilan ke India dan Asia Barat kerana panggilan itu selalunya disalurkan menerusi kabel dekat Taiwan. Maeda menambah, syarikatnya menyalurkan semula panggilan menerusi AS dan Eropah dan beliau tidak tahu berapa lama tempoh untuk membaiki kabel. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun menyatakan, perkhidmatan perayauan antarabangsa yang disediakan oleh tiga syarikat telekomunikasi utama Jepun iaitu NTT DoCoMO, KDDI dan Softbank telah tergendala. – Agensi
Nota: Antara teknologi yang saya kagum dan sangat menyanjunginya ialah:
1) Mesin fax- Pelik betulla camne bila kita fax, tulisan2 tersebut smpai kat mesin lain lepas tu atas kertas lain. Peliknya.
2) SMS dan telefon- Camne suara2 kita di bawa oleh gelombang dan kabel ni. Pelik pelik..
3) Kalau kita on switch kan, laju je lampu tu nyala...sedangkan kalau nak pikir "power" tu kena jalan melalui wayar2 jauh dulu dari switch tu baru akan sampai kat lampu tu. Tapi ini tak, kita on terus lampu nyala. Kagum kagum.
---->Soklan2 pelik tersebut telah saya ajukan kepada lecturer saya suatu ketika dahulu, bos saya dan juga technician saya. Saya tanya diorang...korang tak rasa pelik ke? hehehe
2 comments:
kalau jadi engineer ni memang susah nak balik umah la. asik kena pantau je takot ada masalah kan. nak pantau bukan senang2 siap kena selam lagi tu.
wow..its new info for me...=) nice entry
Post a Comment