CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Wednesday, April 25, 2012

KISAH SERBA SALAH..

Salam petang yang hening..
Baru balik keje,untuk pengetahuan semua ianya sangatla penat untuk hari ini..Penat mental dan fizikal..Laju untuk aku update post ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memberitahu bahawasanya aku rasa serba salah yang teramat sangat..Hal ini berikutan kerana kejadian yang berlaku sejak pagi tadi..


motip letak gambar ni,saje nak tunjuk kat genting highlands pon ade stoberi farm..
aku mana?mestila yang tengah duduk tu,baru nampak kurus..
1) SERBA SALAH PERTAMA:  
Arini aku jadi urusetia kursus di podium B KBS..Macam biasalah jadi urusetia,hari-hari yang dilalui sangat bahagia sebab makannya free..Jadi pengeluaran duit dari dompet sangatlah dapat dielakkan..Dompet juga rasa serba salah nak ikut pegi kerja pagi tadi,tapi tetap dibawa bersama..Makanya,semasa sesi pendaftaran peserta kursus,aku berasa haus dan dahaga,jadi aku dan teman praktikal ku,bersepakat untuk membeli air.Dijadikan cerita,kami semua tidak membawa turun duit ke lobi podium,tetapi aku memang lain dari mereka2 tersebut,aku membawa turun RM1 rupa-rupanya kerana aku sentiasa ready untuk segala apa yang akan bakal berlaku..Makanya lagi,aku dan temanku pergilah membeli air dengan hanya berbekalkan RM1..kami meminta air teh o ais..harganya RM1.20..kami tersenyum2 tersengih2 sehingga menampakkan barisan gigi kami..kami tidak cukup 20sen..Dengan muka menggoda,kami bayar RM1 kepada penjual tersebut..Penjual tu berkata, ''Dik,lain kali bawak lebih sikit duit ye''.. =,=


2) SERBA SALAH KEDUA:
Setelah pendaftaran peserta ditutup kaunter,kami mengangkat semua barang-barang untuk masuk ke dalam podium,aku mengangkat kotak,industry supervisor aku tolong bukakan pintu bagi memudahkan  kami masuk,aku ternampak ada tisu yang menghalang perjalanan aku,aku terus sepak tisu tersebut sehingga ke belakang pintu..Aku toleh semula,aku tengok supervisor aku tu mengutip tisu yang aku sepak dengan overnya tadi..Ya Allah..berdosanya aku rasa..Serba salah sangat buat macam tu..Sepatutnya aku kutip tisu tersebut!!


3) SERBA SALAH KETIGA
Waktu hi-tea dengan VIP,jemputan kami ialah Dr Rubiah TV9..Semasa hi-tea,aku hanya minum sahaja,tak selera untuk makan sebab ianya kuih yang aku tidak gemari..(kuih bakar dengan kuih cara kot)..


Dr Rubiah tanya aku, 
~why you tak makan?
~I said I diet..
~Alaa,tak payah nak diet2 sangat,itu rezeki tuhan bagi,makan je.
~I cakap its okay..:)
~Then,Dr sambung lagi,you sombong!
~I said NO!! I tak sombong..
~Dr cakap lagi,whatever you said,whatever u told me,for me,YOU SOMBONG!
~ok..I senyap je..Senyum sentiasa..
~Dr Rubiah said,you know what,when you sit with the VIP,the Boss,mak mertua or else,if they eat,and you does not eat,You manusia sombong..Keep it on ur mind..Because of what? its because you must polite them,appreciate them,eat with them,how much reason u have,what situation you are,you must polite them..
~I speechless sangat-sangat time tu..Tehn,Dr Rubiah said,just take it that kuih,bungkus dalam tisu bawak balik..
~I still TAK NAK! Bukan sombong,but I tak suka kuih tu,and IM ON DIET!
~Then,she said,if u dont want,give it to me..You kena belajar appreciate orang,kesian dekat orang yang buat kuih tu,orang yang hidang kuih tu,orang yang nak cuci pinggan you tu..Makan apa yang orang bagi..
~ I bagi Dr Rubiah kuih tu..and say sorry to her..


Aku sangat serba salah bila dengar dia cakap macam tu kat aku..Sekarang aku balik kerja dalam keadaan yang sangat murung..Penat mental dan fizikal..




~ AKU TULIS DALAM KEADAAN SERBA SALAH,JADI HARUSLA AGAK SKEMA SUPAYA AKU TAK MENAMBAH LAGI RASA SERBA SALAH AKU DEKAT KALIAN KERANA MEMBACA KISAH INI DENGAN AYAT YANG LINTANG PUKANG..SEKIAN..

1 comment:

nazirah said...

xpe2 jgn rsa srba slh sgt ye
keadaan akn kembali normal ;)

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..