CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 5, 2011

DUET RAYA DARI UTUSAN MALAYSIA..

Morning..hepy weekend ^_^
Pagi ni sambil keje,aku BW 1 blog ni.. 
Mr Luqaz ni..Dia kate ada pertandingan menghias blog..Dapat hadiah duet raya kau!! keluar duet da mata aku ni.. *_*

Meh tengok ni..aku copy ni..kena copy yang ni..kang x cukup syarat lak..


Maklumat mengenai pertandingan ini:
(diambil dari Utusan Malaysia)  AKU PLAK AMIK DARI luqaz




Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini. Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang. Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.

Hadiah:

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa: meh aku besarkan sket..

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 (untuk tiga pemenang)





Syarat Penyertaan:

1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.

11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.



Klik sini untuk mendapatkan borang penyertaan.


Read more: http://www.luqaz.com/2011/08/pertandingan-menghias-blog-sempena.html#ixzz1UDElMfbT

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..