CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 19, 2012

Amboooiii ko pompuan.

Assalamualaikum..
Wahai wanita-wanita di luar sana..
Beringatla..
Jangan terlalu melampau sikapmu itu..
Isteri..
Syurgamu di bawah telapak kaki suami.
Anak perempuan..
Syurga di bawah telapak kaki ibu..

Macam-macam kes sekarang..Pasal kes isteri dera suami,henyak suami,ugut suami,kerat anu suami..errkk..
Kesian da dengan lelaki/suami sekarang.. Macam dikecilkan-kecilkan pulak.
Berani sungguh wanita sekarang..iskk

Kes hari ni..
ISTERI HEMPUK SUAMI DENGAN LESUNG BATU!! adeehh..sakit wooo..Kita tersalah ketip kuku pon da rasa sakit,ngilu aje..ni pulak lesung batu..haiyaa...
Punca kejadian: Suami enggan membelikan baju raya..oh maiiiii...
Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.


Satu lagi kes..
KES IBU CAMPAK ANAK SEBAB MERAJUK DENGAN SUAMI TAK BAGI IKUT PEGI BERJALAN!!
 Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.
 Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

haiillooo..macam-macam meyh..seram pulak rasa dengan kaum perempuan sekarang..hilang da sifat kelembutan mereka..TAK SEMUA..

semoga kita semua tak tergolong dalam golongan wanita-wanita yang ganas..

Sedikit perkongsian dari aku.

 Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

 Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) 

Sehingga berjumpa lagi..eheks :)

ps: curi menaip belog waktu kerja adalah salah!! #_#

No comments:

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..