CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Monday, December 5, 2011

JOM MEROKOK..BANYAK KEBAIKANNYA..

Holla!! 


Sihat tak? Tak sihat makan ubat..Buat macam aku,sentiasa makan ubat..kehkeh..Aritu masa aku buat bekam,makcik yang buatkan bekam kat aku tu kata,badan aku lain macam sikit..Risau jugak aku,ingatkan lain macam ada hantu ke..Seriau jugak..Pastu makcik tu tanya,aku selalu makan ubat hospital ke?Aku dengan gembira hatinya bagitau makcik tu,aku wajib makan ubat sebab selalu sakit kepala,telan dua tiga bijik sampai hilang sakit..Pastu makcik tu cucuk-cucuk jarum bekam kat aku dengan kuatnya,marahla tu..Dia kata tak elok makan ubat hospital.. T_T ...
Hehehe..tipu je,mana ada makcik tu cucuk kuat-kuat..Baik makcik tu..iskk


Dah,cerita aku pasal merokok..Aku nak bagitau kebaikan merokok..Kebiasaannya kan,orang kata merokok tu tak elok untuk kesihatan,tak elok untuk itu dan ini kan..Tapi,setiap keburukan ada kebaikannya jugak..Jom tengok apa kebaikan merokok pada pendapat aku..


KEBAIKAN MEROKOK.


1) BOLEH MENGURUSKAN BADAN
~ Yang ni bagi sesiapa yang rasa badannya gemok atau bahasa sopannya obesiti,maka merokok boleh menyelesaikan masalah kegemukan..


melentur buluh biarlah dari rebungnya

2) DASAR PENJIMATAN DUIT
~Yang ni pulak,bila kita tengok terutamanya lelaki lah,bila duit tengah pokai,antara rokok dengan makan,dia akan pilih rokok..Bagusla tu,beli rokok boleh tahan lama,kalau makan,sekali kenyang je..So,sangat menjimatkan duit kan..


3) GINCU BIBIR
~Lagi senang bila merokok hari-hari,maka bibir akan jadi hitam berkilat,so takyahla beli gincu warna merah dah..Unik pon unik kan,gincu warna hitam..Macam Avril Lavinge da..


ello..im avril lavinge
4) MACHO AND STYLO
~ Bab ni semua orang akan kata,smoker tu macho bagi yang lelaki,yang perempuan pulak,stylo abeslaa bila merokok..Kalau tengok kat Times Square,Mines,MV,Pavi,Sunway..jadah aku nak tulis nama mall.. kat tempat smoking area tu,aku tengok buadak2 perempuan yang merokok,perrghh..muka cun giler,bertudung pon ada..Stylo beb,stylo..


5) KREATIF
~Smoker ni sangat kreatif orangnya..Korang perbah tak tengok,orang merokok,pastu dia keluarkan asap-asap ada bentuk bunga,bulat-bulat,macam2 bentuk lagi..Kretip kan..


kretip2..
6) PERFUME PEKAT
~Smoker tak payah beli perfuma da..Kalau beli perfume pon,da tak bau da perfume dia tu..Bau rokok dia pon da kuat..Wangi kan..Jimat da kat situ..2 in 1..Nak pulak merokok dalam kereta,takyah beli ambi pur da..


7) MANDUL
~ Yang ni bagi sesape yang kawen,tapi taknak anak..So suami isteri boleh merokok sepuas hati..Maka,dia boleh mandul dengan sempurnanya..


dah kenapa aku letak gambar ni?

Haa..banyak kan kebaikannya..So,jomla kita merokok beramai-ramai..Semoga berjaya!!




KALAU TANYA AKU,BANYAK MANA PON KEBAIKAN ROKOK TU,AKU TETAP TAK SUKA..DULU AKU TRY MEROKOK,BATUK2..PASTU TERUS TAKNAK DA..

~aku try rokok daun arwah nenek aku~subahat~

3 comments:

encik Cool said...

ada juga kebaikanya gak ek!!hehe

Ana Jannah said...

hahaha...sarkastikkk nya entry...:D
~list lah sejuta kebaikan pon tetapi x dpt nak tandingi kebaikan x merokok yg satu itu nikmat kesihatan...kan3?

Pendamba Mawar said...

byk gak kelebihan erk.hehee

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..