CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 5, 2012

PAGI YANG HENING,DIKACAU HANTU JUGA.

Ramadhan 2002..
Tingkatan 1..
Seperti hari-hari biasa,sejak masuknya bulan Ramadhan yang mulia,setiap pagi pasti akan ada dentuman kuat di dinding kayu asrama pelajar aspuri sehingga menyebabkan kami semua terjaga. Ada yang terus mencampakkan selimut. Ada juga yang menggeliat dengan penuh kesopanan. Ada juga yang meneruskan dengkuran. Itu adalah bunyi dentuman tangan pakcik/makcik tukang masak dekat dewan makan yang mengejut kami semua bangun sahur dengan cara yang paling lembut!! 

Aku bersamaan Farah pada masa dulu bersama-sama dengan geng-geng aku,walaupon liat untuk bangun tetap juga mengejut semua geng kami supaya bangun bersama. Waktu Form 1,geng aku hanyalah seramai 4 orang termasuk aku. Itu sahaja geng terkumpul buat masa itu. 3 orang di blok yang sama,sorang di blok depan. Selepas menggosok gigi ( tipu! ta penah gosok gigi waktu sahur! ) kami bersiap untuk ke dewan makan yang jaraknya agak jauh. Selipar kawin itu selipar wajib kami. Kalau berjalan kaki dengan mamainya,hampir 15 minit juga! 

Maka,kami berempat pon memulakan perjalanan kami, seperti biasa,cerita kami untuk tidak memamaikan mata,bercerita tentang mimpi malam tadi. Itu macam da jadi cerita sensasi. Kalau tak cerita,tak sedap badan rasa. Sambil-sambil cerita,sambil kaki kami melangkah,sambil riang gelak ketawa,tengok kawan sebelah dengan taik matanya bertepek lagi.Gelak memecah dingin sunyi pagi tersebut. Hampir 10 minit kami berjalan,dewan makan juga sudah sayup menampakkan atapnya,bau makanan juga sudah menyentap selera kami. ( Kalau makan ikan mati lemas sanggup pusing balik ) Sampai di tempat yang sedikit gelap,yang pasti kawasan tersebut memang tidak pernah berlampu dan jalan tersebut pula kiri kanannya air paya kecil. Juga terdapat satu rumah besar yang kosong.Seram menyelubungi diri,bunyi katak-katak semakin kuat,bunyi cengkerik juga tidak ketinggalan. Kami terhenti ketawa,seperti ada malaikat maut juga yang melalui kawasan tersebut. Kami senyap dan meneruskan perjalanan.


Rumah besar dan kosong itu
Tiba-tiba..

Ada sekumpulan lembaga putih dan hitam serta berbelang-belang melompat ke arah kami. Kami menjerit sekuat hati. Arrgghhhhh!!!! takutnyaa takutnya takutnyaaa...

Aku berlari konon-kononya laju,tapi tak bergerak,kawanku Fadilah menarik tudungku,aku pula memijak selipar kawanku yang lain.Tidak pasti siapa.,. kami berlari macam orang gila kerana hanya fikirkan hantu!   Mana ada hantu waktu bulan Ramadhan!  Sambil berlari menjerit-jerit.Pegang tangan masing-masing. Sambil tu terdengar bunyi lembaga-lembaga tersebut ketawa seperti manusia!

Sampai di dewan makan,kami bercerita dengan semputnya,apa yang terjadi. Sambil mencantikkan tudung semula,selipar hilang entah ke mana. Kami bercerita dan bercerita sampaila ke aspuri semula. Walau apapon jadi,kami semua tetap berselera untuk bersahur. +,+

Paginya itu,kami ke sekolah seperti biasa,kawan aku Amalina jumpa abangnya konon-konon menceritakan apa yang terjadi pada waktu sahur tersebut. Tiba-tiba abangnya ketawa dengan berdekah-dekah seperti katak..HAAHAHAHA..

Rupa-rupanya,abangnya tu lah lembaga-lembaga waktu sahur tadi..Cettt!! 

Sampai sekarang kalau teringat lagi kisah tu,mesti kitorang gelak-gelak sampai keluar air mata.. Hahaha..

P/S : Aku rindu zaman sekolah dulu..

MINA<DILAH<RADHI<AZREEN AND THE GENG..


cantik da sekola ni..

Sekolah Menengah Agama Padang Tengku Kuala Lipis

Teringat waktu kecik suka main ngan anak-anak cikgu kat situ.. Sebab aku pon anak cikgu..Hehehe..
Along Angah anak Ustazah Wan da kawin da,,Geng aku masa kecik dulu..Sape lagi tah..Main baling-baling terung kecik buat peluru lastik..Kahkah..
Papai..

~saje nak cerita ni semua~

2 comments:

Salina Mat Isa said...

Haha..ramadhan 2002 tgh nak spm tu..rumah kosong tu masih ada ke skrg??dh lama tak pegi smapt..

farra said...

waahh!! da besar ye time tu? i baru form 1..eheks..
ermm da roboh kot..da buat aspuri baru kat situ.. :)

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..