CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

mari menjana pendapatan!

FOLLOW ME? CLICK ON JOIN THIS SITE BELOW.

Saturday, November 10, 2012

Mungkin Ajal Sudah Hampir Tiba?

Serius..
Sakit bukan penghalang untuk buat apa yang kita minati.
Bukan penghalang untuk kita terus jatuh.
Bukan penghalang untuk kita hilangkan kebosanan.
errkkk..ayat apakah?

Suda hampir lima hari aku sakit. Tapi bukan sakit terlantar kat hospital mahupon klinik swasta. Bukan.
Aku pon tak tau apa sakit yang aku alami ni.
Bila bangun pagi mata aku bengkak-bengkak.Lengan merah-merah gatal. Hanya Allah saja yang tahu betapa terkejutnya aku bangun pagi tu.
Sakit.
Mengadu kat semua orang.
Semua orang cakap mende yang sama.
Pergila klinik.
Aku cuma mampu menangis saja saat tu.
Sakit.

Aku bertekad untuk jadi kuat,
Aku bangun capai tuala,mandi bersih-bersih walaupon bengkak mata,muka,tangan pedih kena air.
Sakit.
Bila ingat semula kejadian pagi tu,terus meremang bulu roma.
Tak tahan rasa gatal macam tu.
Tak tau apa kena.
Semuanya jadi tiba-tiba.
Apa binatang yang gigit pon taktau.
Kata housemate,mungkin kena ludah hantu.
Ok,sumpah aku nangis. Aku takut gila bila dia cakap camtu.

Aku sendiri takut tengok tangan aku merah-merah. Bengkak. Muka bengkak. Mata bengkak.
Ya Alllah.
Dugaan apakah kali ini?

Sambung cerita.
Lepas siap mandi,terus bersiap pergi klinik.
ok.klinik kerajaan.
Lima belas minit.
Setengah jam.
Empat puluh lima minit.
Sejam.
Sejam suku.
Sejam setengah.
Barulah nombor aku berbunyi.
Sakit.
Tuhan je yang tahu.
Tapi,masa tu aku mampu lagi tersenyum.
Aku rasa aku kena kuat.

Lepas jumpa doktor.
Doktor bagi ubat.
Doktor pon tak dapat tahu punca aku jadi macam tu.
Katanya aku allergik.
Pada makanan?
Malam sebelumnya,aku cuma makan maggi ruski perisa tomyam.
Pada air mungkin?
Mungkin juga sebab air badan aku jadi macam ni.
Tapi,kalau air,mestila kena satu badan gatal-gatal. ini tangan dengan muka je.
Aku musykil lagi.
Aku syak ada binatang yang gigit aku.
Tapi,puas aku selongkar bantal,tilam,conforter,bantal pelok.
Takde seekor binatang pon. Cuma kelihatan seekor semut kecil berwarna hitam.
Aku syak semut tersebut kencing atas tangan dengan muka aku.
Ye,aku syak beliau lah! Gila.

Masuk hari kedua,makin teruk.
Makin membengkak.
Mujurlah muka macam da ok sikit.
Mata dah tak bengkak.
Cuma rasa gatal.
Aku tetap kerja.
Kuat semangat.
Ta;i,sebenarnya tak.
Bila rasa tak tahan sangat.
Aku berlari masuk toilet.
Menangis.
Sakit.

Hari ketiga.
Juga tiada perubahan.
Balik kerja,aku menangis.
Tekad nak balik kampung.
Sampai Putrajaya Sentral,aku patah balik. .
Damn!
Malam tu jugak aku pergi klinik swasta.
Duit aku melayang RM75.
Janji aku sihat.
Aku merayu dekat doktor.
Nak hilangkan semua sakit ni cepat.
Doktor cuma cakap.
Allah yang menyembuhkan segalanya.
Aku diam terus keluar.

Hari keempat.
Juga tiada perubahan.
Menanti hari esok.
Semoga ada perubahan.

Hari kelima.
Tangan da tak bengkak.
Cuma gatal dengan merah-merah lagi.
Muka rasa dah tak licin.
Tangan teruk.
Abis waktu kerja,terus kejar train balik kampung.

Sampai rumah,terus pergi klinik dengan abah.
Doktor kat sini tengok.
Then cakap.
Ini serius.
You da makan abis ubat yang doktor bagi.
Da dua dos you telan.
But no change.
So,I perlu inject.
 Ini perlu untuk kurangkan gatal dan merah-merah ni.
Kalau tiada perubahan juga,
You kena jumpa pakar kulit.
kat sana doktor pakar akan tahu and control apa yang ada dalam kulit awak sekarang.
Sangat teruk.
Sangat serious.
Ok.

Aucchh!
Really bad.
Sakit.

Sekarang.aku demam.
Sakit.
Tempat injection bengkak dan lebam.

Abah kata ini mungkin bala ujian.
Sabar.
Ada hikmahnya.

Mungkin.

Hope.
Ya Allah.
Sembuhkan lah aku.
Seperti sediakala.
Seperti mana kau jadikan aku dulu.
Ampunilah dosaku Ya Rabb.

:(

Nukilan ikhlas.
~FY~

2 comments:

KuZiKs said...

Sakit dan dugaan yang datang dari ALLAH...jika kita diterima dengan redha, ia akan menghapuskan segala dosa-dosa kecil... InsyaAllah....

KuZiKs said...
This comment has been removed by the author.

Kami Si Blogger

TEKAN SAYA,AWAK KAYA..